Mountain

Beautiful scenery

Daisy

Morning view

Lavender

Refreshing

Lake

Awesome view

Tree

Awesome view

Thursday 8 September 2016

PELAKSANAAN PENGGUNAAN RUBRIK PROJEK ILMIAH PROGRAM SARJANA MUDA KEJURUTERAAN MEKANIK DAN PEMBUATAN

PELAKSANAAN PENGGUNAAN RUBRIK PROJEK ILMIAH PROGRAM SARJANA MUDA KEJURUTERAAN MEKANIK DAN PEMBUATAN

Jaharah A. Ghani, Baba Md Deros, Jaafar Sahari and Ahmad Kamal Ariffin Mohd. Ihsan

Abstrak: Projek Ilmiah merupakan satu kursus yang sangat sukar untuk dinilai secara adil. Ini disebabkan oleh penyelia yang terdiri daripada pensyarah–pensyarah yang kebiasaannya mempunyai pemahaman dan harapan serta jangkaan yang berbeza-beza sebagai seorang insan. Oleh itu, bagi mengurangkan masalah ini satu kaedah penilaian menggunakan rubrik telah diperkenalkan. Kajian mendapati bagi tujuan penilaian Projek I, semua pensyarah telah memberikan markah kepada pelajar di bawah penyeliaan mereka seperti dalam borang pemarkahan yang disediakan. Sementara bagi tujuan penilaian Projek II, bagi pelajar kursus KP4923, pensyarah telah menilai mengikut rubrik yang disediakan. Walaubagaimanpun, bagi kursus KJ4023, hampir 40% penialaian markah mereka tidak berdasarkan rubrik yang telah disediakan.

Kata Kunci: rubrik, projek ilmiah, penyelia, penilaian, markah.

Fulltext PDF

PENILAIAN OBJEKTIF DAN HASIL PROGRAM PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL (OBE): SOAL SELIDIK MAJIKAN INDUSTRI DAN ALUMNI

PENILAIAN OBJEKTIF DAN HASIL PROGRAM PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL (OBE): SOAL SELIDIK MAJIKAN INDUSTRI DAN ALUMNI

Shahrir Abdullah, Norhamidi Muhamad, Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat, Baba Md. Deros, Noorhisham Tan Kofli, Mardina Abdullah, Mazlan Mohd. Tahir dan Andanastuti Muchtar 

Abstrak: Konsep pengajaran Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE) mula diamalkan di Fakulti Kejuruteraan UKM bermula tahun 2005. Melalui pendekatan ini, setiap program perlu menggubal objektif pendidikan program dan hasil program setelah mengambil kira input daripada pihak berkepentingan seperti kerajaan, majikan, dan alumni. Justeru, kertas kerja ini membentangkan kaedah yang digunakan untuk mengukur persepsi kepentingan serta pencapaian penyataan-penyataan objektif pendidikan program (PEO) dan hasil program (PO) bagi program-program kejuruteraan yang ditawarkan. Dalam kaedah ini, setiap penyataan dikenal pasti ciri-ciri yang membentuknya dan dinilai mengikut skala Likert 1-5. Kaji selidik ini dihantar kepada industri dan alumni yang ada dalam pangkalan data Latihan Industri dan Alumni Fakulti Kejuruteraan dan soalan yang ditanya berkisar kepada paras signifikan penyataan tersebut atau pencapaian para graduan dan alumni. Keputusan kaji selidik ini dibentangkan berdasarkan input tersebut.

Kata kunci: pendidikan berasaskan hasil (OBE), objektif pendidikan program (PEO), hasil program (PO), soal selidik.

Fulltext PDF

KAJIAN KES PERLAKSANAAN PROSES KAWALAN STATISTIK (SPC) DI INDUSTRI PEMBUATAN MALAYSIA: PERMASALAHAN DALAM PERISIAN SPC

KAJIAN KES PERLAKSANAAN PROSES KAWALAN STATISTIK (SPC) DI INDUSTRI PEMBUATAN MALAYSIA: PERMASALAHAN DALAM PERISIAN SPC

Rosmaizura Mohd Zain, Mohd Nizam Ab Rahman, Zulkifli Mohd Nopiah, Jaharah A Ghani, Baba Md Deros, Nurhamidi Mohamad and Ahmad Rasdan Ismail

Abstrak: Proses Kawalan Statistik atau Statistical Process Control (SPC) merupakan satu teknik penting dalam kawalan kualiti. Penggunaan kaedah berstatistik ini ternyata dapat mengawal proses pengeluaran serta meningkatkan kualiti produk. Artikel ini menerangkan tentang kajian kes perlaksanaan SPC yang dijalankan di industri pembuatan Malaysia. Kajian ini memfokuskan kepada permasalahan dalam perlaksanaan perisian khusus SPC serta penglibatan pihak syarikat dalam mengendalikan aktiviti ini.  Kajian ini dilaksanakan melalui kaedah temuramah serta soal selidik ke atas perwakilan dari setiap syarikat, dan kaedah pemerhatian persekitaran syarikat. Hasil kajian ini didapati bahawa terdapat kelemahan atau permasalahan dalam perlaksanaan SPC di industri pembuatan. Antara permasalahan yang telah dikenalpasti adalah fungsi perisian SPC yang kurang efektif seperti tidak dapat memaparkan nilai data pada masa sebenar (real time data), dan mempunyai fungsi statistik yang terhad, contohnya tidak menyokong pembinaan carta kawalan sifat.  Selain itu, kelalaian dalam mengambil bacaan dan kesilapan memasukkan nilai data oleh pekerja adalah merupakan permasalahan yang terlibat dalam perlaksanaan SPC. Walaupun SPC yang diaplikasi di industri pembuatan adalah terdiri dari pakej perisian yang berbeza, namun ia dapat menawarkan fungsi terbina statistik yang berguna. SPC merupakan satu teknik yang mudah, tetapi implementasi dalam organisasi begitu kompleks kerana ia melibatkan sokongan dari beberapa faktor utama seperti penglibatan pihak pengurusan yang sepenuhnya, memberi latihan dan pendidikan SPC kepada pekerja dan meningkatkan komunikasi yang berkesan di antara pihak pengurusan dan operator.  

Kata kunci: Kualiti, Proses Kawalan Statistik (SPC), Pengurusan Kualiti secara menyeluruh (TQM), kajian kes.

Fulltext PDF

FUNDAMENTAL SITTING ANTHROPOMETRIC AND DIFFERENCES AMONG MALAYSIAN MALAYS, CHINESE AND INDIANS

FUNDAMENTAL SITTING ANTHROPOMETRIC AND DIFFERENCES AMONG MALAYSIAN MALAYS, CHINESE AND INDIANS

Md Deros,B., Daruis, D.D.I. and Mohd Nor, M.J.

Abstract: In ergonomic point of view anthropometric data is very important in product design and other applications. Hence, it is important that the data is representative of the target user or consumer of a product being designed. Few individual efforts has taken place in Malaysia in order to establish an anthropometry database that could be use to represent the Malaysian population. This is an addition to those efforts where each main race of Malaysian namely the Malays, Chinese and Indian has been measured. The measurement comprised of 16 dimensions, using traditional measuring tools. In this paper, 226 subjects were analyzed. Focus is given to seat design requirements such as sitting shoulder height for seatback lateral support, buttock to popliteal length for thigh support and sitting hip breadth for cushion width. There are significant differences between some body parts among the three races particularly in stature the proportion of the upper body part and the lower body part, which are highly correlated to body height. 

Keywords: Malaysian anthropometric, seat design, ethnic difference, stature, sitting.

Fulltext PDF

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA ANTROPOMETRIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA ANTROPOMETRIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Darliana Mohamad, Baba Md Deros dan Ahmad Rasdan Ismail


Abstrak: Data antropometri untuk sesuatu populasi adalah amat penting bagi proses rekabentuk dan pembuatan sesuatu produk atau tempat kerja. Walaupun kepentingan data antropometri dapat dilihat dengan jelas namun sehinga kini masih belum terdapat pangkalan data antropometri  yang dibangunkan bagi mewakili populasi rakyat Malaysia. Kertas kerja ini membentangkan mengenai keputusan kajian data antropometri yang telah dijalankan ke atas rakyat Malaysia. Tujuan kajian pengumpulan data ini dilakukan adalah untuk membangunkan satu pangkalan data statik untuk rakyat Malaysia bagi memudahkan suatu rekabentuk dan pembinaan kemudahan diwujudkan. Seramai 408 individu diukur yang terdiri daripada 193 lelaki dan 215 wanita. Sebanyak 18 data antropometri dikumpul bagi setiap individu. Data dikumpul menggunakan cara pengukuran manual iaitu dengan pita pengukur dan pembaris. Penulis percaya data yang dikumpulkan ini dapat mewakili ukuran badan rakyat Malaysia secara umum.  

Kata kunci: Antropometrik, Ergonomik, Malaysia

Fulltext PDF

PRACTICAL APPLICATION OF BENCHMARKING TECHNIQUE IN SEMICONDUCTOR COMPANY

PRACTICAL APPLICATION OF BENCHMARKING TECHNIQUE IN SEMICONDUCTOR COMPANY

Tan Jun, Baba Md Deros and Mohd Nizam Ab Rahman

Abstract: This paper presents the practical application of benchmarking technique in Semiconductor Company. It begins with the literature review of benchmarking implementation. A study is carried out to understand the relationship between semiconductor industry’s supply chain and benchmarking practice. This study is focus on the semiconductor companies and professional personnel in semiconductor field. From the study, the result shows that benchmarking term and activities is not very familiar in the industry personnel. However, a lot of comparison had made in data presentation. Thus, a better and easier decision could be made. Through benchmarking technique also, a clearer view will be seen to have a better understanding on internal and external strengths and weaknesses respectively.

Keywords: benchmarking, semiconductor company.

Fulltext PDF

ANALISIS OWAS DAN RULA KE ATAS OPERATOR PENGENDALIAN MANUAL DI INDUSTRI AUTOMOTIF

ANALISIS OWAS DAN RULA KE ATAS OPERATOR PENGENDALIAN MANUAL DI INDUSTRI AUTOMOTIF

A.R.Ismail, Y.M.Lee, B.M.Deros and M.N.A.Rahman

Abstrak: Work related musculoskeletal disorders (WMSDs) merupakan salah satu masalah kesihatan pekerjaan yang terbesar dalam industri. Pekerja industri mudah terdedah dalam ketidakselesaan dan kesakitan semasa bekerja dalam postur yang bermasalah (awkward posture). Selain daripada membawa masalah kesihatan pada pekerja, ia juga membawa kesan jangkamasa panjang terhadap prestasi pengeluaran. Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji postur kerja pekerja di industri dan mencadangkan postur optimum pada pekerja tersebut bagi meningkatkan kadar pengeluaran di industri. Projek ini dilakukan dengan menggunakan tiga kaedah iaitu soal selidik ketidakselesaan kerja, analisis postur OWAS dan RULA. Sebanyak 80 borang soal selidik ketidakselesaan kerja diedarkan kepada operator dalam industri automotif untuk mengenalpastikan tahap ketidakselesaan kerja. Analisis postur dilakukan ke atas seorang operator di industri automotif. Postur pergerakan kerja postur akan direkodkan ke dalam perisian WinOWAS dan CATIA V5 R16 dan kedua-dua analisis dijalankan masing-masing. Analisis OWAS dan RULA dapat mengenalpasti postur bermasalah (awkward posture). Melalui keputusan yang diperolehi melalui analisis, perbandingan antara soal selidik ketidakselesaan kerja, kaedah analisis postur OWAS dan RULA dilakukan dan postur yang bermasalah akan diperbaiki bagi mendapatkan postur pergerakan optimum bagi subjek. Terdapat beberapa batasan kajian yang dikenalpasti semasa kajian ini dijalankan iaitu disebabkan pengunaan hanya seorang sampel sahaja dan pengunaan anggaran sudut badan semasa merekod kerja postur ke dalam perisian. Postur optimum untuk subjek melakukan kerja bagi mengelakkan masalah ketidakselesaan dan meningkatkan tahap keselamatan dapat diperolehi melalui kajian ini.

Kata Kunci: OWAS, RULA, Postur Awkward, WinOWAS, CATIA, Ergonomik

Fulltext PDF